Pages

Sunday 22 April 2012

Latihan Kata Hubung (2)

Latihan Kata Hubung

Pilih jawapan yang betul.

1.   Ramasamy menangis (  kerana, tetapi  ) duit belanjanya telah hilang.
2.   Awak hendaklah banyak berehat (  agar,  malahan  ) cepat sembuh.
3.   Siti ( serta,  dan  ) Devi suka berenang di kolam renang itu.
4.   (  Walaupun,  Jikalau  ) Kumari gagal pertandingan syarahan itu (  kerana,  tetapi  ) dia tidak berasa 
       kecewa.
5.   (  Kalau,  Apabila  ) kita hendak berjaya dalam peperiksaan, kita hendaklah rajin berusaha.
6.   Dia menulis sepucuk surat (  agar,  untuk  ) abangnya yang sedang belajar di Indonesia.
7.   (  Sungguhpun,  Jikalau  ) keluarga Ali tidak kaya tetapi keluarganya bahagia.
8.   Emak mencuci pakaian ( serta,  lalu  ) menjemurnya di ampaian.
9.   Adik berjanji (  bahawa,  agar  ) dia tidak akan malas lagi menolong ibu membuat kerja rumah.
10. Anak Pak Abu bukan sahaja cerdik (  malahan,  hingga  ) rajin-rajin belaka.

Latihan Kata Hubung (1)

Latihan Bahasa Melayu Tahun 3
Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai

   

   sambil             jika         setelah      kemudian       ketika

   sementara      hingga           atau        agar          tetapi



1

Bapa menasihati abang (                         ) belajar bersungguh-sungguh.


2

Pada cuti semester yang akan datang ini, awak hendak ke Pulau Langkawi (                   ) Pulau Pangkor ?


3

(                        ) hujan masih tidak reda, permainan bola jarring itu terpaksa dibatalkan.


4

Bapa telah pergi ke pasar, (                    ) dia pergi ke pejabat pos untuk membeli setem.


5

Encik Hasan terpaksa bekerja (                    ) larut malam untuk menyiapkan projek.


6

(                         ) dia tiba di rumah neneknya, nenek kesayangannya itu sedang memasak makanan kegemarannya.


7

Walaupun Zainal kuat makan (                    ) dia tidak gemuk.


8

Ai Chin membaca buku (                    ) menunggu kedatangan kawannya untuk ke perpustakaan bersama-sama.


9

Bapa minum kopi (                    ) membaca surat khabar di halaman rumah.


10

(                        ) bertukar ke sekolah yang baru, Sureah mendapat ramai kawan.